* NOVEL-NOVEL MELAYU MUTAKHIR : ANALISIS CERMINAN NILAI BUDAYA BANGSA *
Cerminan nilai budaya bangsa dianalisis melalui citra-citra sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik yang berhubungan dengan kenyataan, permasalahan, pandangan, sikap, kepercayaan dan pemikiran. Novel-novel yang menjadi tumpuan penganalisisan ialah daripada ;
1) Karya Shahnon Ahmad.
Cerminan nilai budaya bangsa dianalisis melalui citra-citra sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik yang berhubungan dengan kenyataan, permasalahan, pandangan, sikap, kepercayaan dan pemikiran. Novel-novel yang menjadi tumpuan penganalisisan ialah daripada ;
1) Karya Shahnon Ahmad.
Dato' Profesor Haji Shahnon Ahmad. |
I) Novel Ranjau Sepanjang Jalan (1966). |
Ranjau Sepanjang Jalan adalah satu karya dari Shahnon Ahmad yang banyak menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung Banggul Derdep, Sik Kedah. Berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri, beliau membawa kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar genarasi sekarang akan sedar dan insaf bagaimana susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang yang mana petani dahulu sanggup berjuang untuk mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu. Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh orang anak gadis mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah yang berjuang menguruskan sawah mereka sebanyak 14 relung sebagai satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Padi menjadi segala-galanya, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberikan impak yang besar terhadap keluarganya. Sehingga akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak nibung yang meragut nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini bertambah buruk lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha, isteri Lahuma memikul tanggungjawab yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam mengusahakan sawah peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti semasa mengusahakan sawah. Setelah Jeha menjadi gila dan di hantar ke hospital Tanjung Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga diambil alih oleh anak sulungnya iaitu Sanah. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.
II) Novel Seluang Menodak Baung (1978). |
Seluang Menodak Baung sebuah ceritera perjuangan penduduk Terenas yang menodak kejahilan dan mengusir kemunduran dalam kehidupan. Dalam arus pembangunan, penduduk Terenas, sebuah desa kecil di pinggir hutan rimba, tercicir daripada pembangunan sedangkan kawasan kota membangun dengan begitu pesatnya. Bangunan didirikan sehingga menujah langit biru dan dengan rumah-rumah banglo yang berderetan di atas bukit. Semua ini melambangkan satu ketidakadiilan bagi desa Terenas yang berpenghunikan golongan fakir yang papa kedana dan terseksa diasak kemiskinan. Harta yang ada cumalah nilai kasih sayang yang kesantunan bagi penghuni kecil ini. Sikap penduduk desa Terenas yang terlalu percaya dengan setiap tindakan wakil rakyatnya menyebabkan mereka kian terpinggir daripada hak yang sepatutnya dimiliki. Menyedari hakikat ketidakadilan ini, desa Terenas yang berpenghuni kecil ini bangun mengorak langkah untuk menuntut hak mereka yang selama ini diremehkan begitu sahaja apabila berjaya disedarkan oleh Fatah yang selama ini banyak menyaksikan ketidakadilan terhadap penduduk desa yang miskin. Pada mulanya, perjuangan Fatah, seorang bekas penarik beca dan juga pernah menganggotai askar serta rakan-rakannya yang lain termasuklah Suud dan Suman banyak mendapat tentangan daripada golongan tua di desa Terenas termasuklah Pak Dollah, Pak Husin, Lebai Karim dan ayah Suman Sendiri, Salam. Mereka ingin berjalan dari desa Terenas menuju ke Pejabat Pegawai Daerah bagi menyampaikan hasrat mereka yang selama ini hasrat mereka sering ditolak iaitu ingin mendapatkan sebidang tanah simpanan milik Raja di hutan yang selama ini terbiar. Kebangkitan mereka ini seolah-olah kepulan-kepulan angin yang berselerak dan bercempera di setiap sudut desa Terenas. Perkaraini telah mendapat perhatian daripada Tuan Pengawai Daerah. Sebenarnya, permintaan penduduk desa Terenas selama ini tidak pernah sampai kepada pengetahuan Pegawai Daerah kerana kealfaan wakil rakyatnya, Waibi. Akhirnya, penduduk desa Terenas berjaya mendapatkan hak mereka selama ini iaitu sebidang tanah dihujung rimba yang selama ini dinafikan hak mereka.
III) Novel Srengenge (1973). |
Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah kampong iaitu Bukit Srengenge. Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge. Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme. Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat untuk menutuh, menebas, memugar dan membersihkan Bukit Srengenge itu. Bukit Srengenge yang menjadi tempat kebanyakkan penduduknya menghabiskan masa lapang menepuk, menggetah, meracik, dan menjebak. Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat tentangan yang maha besar dari sekalian warga kampung. Tentangan terhadap hasrat Awang Cik Teh itu berpunca dari beberapa sebab dan keadaan. Antaranya kebiasaan penduduk kampung menepuk, menggetah, meracik, dan menjebak di Bukit Srengenge itu. Kebiasaan itu telah menjadi suatu nikmat besar kepada mereka apabila tiba waktu menunggu padi untuk dikutip dan kerana sebab itu mereka tidak mahu sesiapa mengganggu gugat keadaan Bukit Srengenge itu. Sebab lain kerana khalayak penduduk kampung percaya bahawa Bukit Srengenge itu ada yang menjaganya dan ada penunggunya serta datuk-datuk yang memeliharanya. Pantang dibuat yang tidak elok ke atas bukit itu. Nahas seluruh kampung binasa. Itu antara kepercayaan mereka. Itu adalah situasi yang biasa tergambar kepada penduduk-penduduk kampung, lebih-lebih lagi kampung yang berada di kawasan pedalaman. Mempercayai sesuatu kuasa selain dari kuasa Tuhan tanpa menafikan kuasa Tuhan. Memperkuatkan lagi kepercayaan mereka kepada Bukit Srengenge itu apabila Imam Hamad diserang penyakit ‘misteri’ sebaik pulang dari meracik tekukur di Bukit Srengenge. Penyakit tersebut diubati oleh Useng yang ‘berkebolehan’ mengubati sakit-sakit misteri seperti yang terkena pada Imam Hamad. Penduduk Kampung Kaki Srengenge mendapat tahu bahawa Imam Hamad telah ‘tertegur’ oleh Bukit Srengenge. Useng sangat dipercayai oleh warga kampung. Maka bilamana katanya tertegur, maka tertegurlah punca Imam Hamad mendapat sakit. Tidak mungkin akan ada punca yang lain. Pasti tertegur! Dan bila Useng berkata Bukit Srengenge harus dijamu, maka sekalian anak buah Kaki Srengenge harus wajib mempercayainya tanpa bantahan satu apa pun. Bukit Srengenge mesti dijamu maka baru Imam Hamad dapat sembuh seperti sediakala. Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit Srengenge dijamu. Tetaapi penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga Bukit Srengenge. Tetap memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan, mengoyakkan al-Quran. Sampai begitu sekali kepercayaan mereka. Dan pasti Imam Hamad telah melakukan salah besar kepada Bukit Srengenge sehingga begitu sekali balasannya. Jangankan kata mahu memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri. Berdosa besar!
2) Karya Alias Ali.
Novel Krisis (1966). |
Alias Ali menghasilkan Krisis, novel politik yang amat mengesankan. Krisis menggunakan latar belakang pilihan raya di Terengganu. Krisis tidak berselindung melakarkan kisah dan intrig sebuah parti politik Parti Srikala. Krisis ditulis pada tahun 1966 sewaktu rakyat negara ini sedang membina jati diri. Kemerdekaan baru dicapai dan Malaysia baru berusia tiga tahun. Krisis merupakan perebutan kuasa di antara ketua Parti Srikala, Syed Kidam dan pencabarnya Jabar. Jabar masuk parti lain, Ikhwan dan bertarung pula di luar parti. Kedua-dua mereka menggunakan taktik kotor untuk menang. Dalam Krisis, agama digunakan untuk tujuan politik. Novel Krisis memasukkan semua elemen berpolitik daripada yang paling luhur hingga yang paling kotor. Konsep demokrasi terlalu baru bagi rakyat negara ini. Dalam pertarungan politik, semuanya dihalalkan. Seperti halnya dengan watak Lebai Ismail yang membantu Jabar, agama menjadi alat politik atau agama dipolitikkan. Perlu diingat bahawa latar belakang novel ini ialah Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959, pilihan raya yang pertama selepas kemerdekaan. Krisis mengingatkan kita bahawa politik tidak banyak berubah.
3) Karya S. Othman Kelantan.
Profesor Madya Dr Syed Othman Syed Omar. |
I) Novel Angin Timor Laut (1969). |
Angin Timor Laut mengisahkan perjuangan suami mencari makan untuk anak bini dengan tulang belulangnya sendiri. Saleh selaku suami telah berjuang di laut selama 50 tahun demi menyara 10 orang anak dan seorang isteri. Setelah anak sulungnya Deraman meninggal dunia kerana dipangkas yu parang, Saleh semakin berusaha keras untuk menyara keluarga ditambah pula 3 orang lagi anaknya meninggal kerana sakit. Pekerjaan bergelumang dengan angin taufan di laut sukar diduga sehingga Lijah terpaksa akur dan redha atas pemergian Saleh. Oleh demikian, Lijah perlu meneruskan hidup untuk menyara 6 lagi orang anaknya iaitu Seman, Jamal, Thani, Melan, Sabut Dan Leha. Lijah turut meneruskan peninggalan arwah suaminya dengan kolek yang ada untuk mencari rezeki dan berjuang di laut bersama anak-anaknya.
II) Novel Juara (1976). |
Juara merupakan konflik dalam masyarakat Melayu Pattani yang berkesudahan dengan tragedi. Pergolakan terjadi disebabkan timbulnya perasaan ingin membalas dendam akibat kematian salah seorang yang bergelar pahlawan lembu. Pembunuhan demi pembunuhan terus dilakukan oleh kedua-dua puak yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dramatik. Kisah bermula apabila Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jali, Seli, Sani dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang Lazim, ayah kepada Sani dan Salim yang di tembak mati selepas mereka memenangi laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka kerana tidak puas hati lembu Abang Lazim, Calet mengalahkan lembu mereka, Langsat. Latar belakang novel ini adalah Siam yang bersempadan dengan Kelantan. Mamat merupakan orang politik yang meletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau merupakan antara orang kuat yang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mamat meletak jawatan atas alasan rakyat sudah tidak memerlukan beliau lagi untuk terus berkhidmat selain mendapat saingan hebat dari parti lain. Mamat pula berdendam kerana Pak Isa membunuh Abang Lazim dan, Pak Isa mati di tembak oleh Mamat di hadapan penyokong laga lembu. Novel ini juga telah difilemkan oleh U-Wei Haji Saari dengan tajuk Jogho.
4) Karya A. Samad Said.
Datuk Abdul Samad Muhammad Said. |
I) Novel Salina (1961). |
Novel Salina mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an. Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk di kampung ini tinggal di kandang kambing yang disewakan oleh seorang lelaki India. Salina adalah seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja dan sering meminta duit daripada Salina untuk pergi berjoget dan minum arak. Antara penghuni lain yang tinggal di kampung ini ialah Siti Salina dan kekasihnya, Abdul Fakar, Hilmy dan ibunya, Kadijah, Zarina, seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur dan Sunarto, anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah, serta Haji Karman. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.
II) Novel Adik Datang (1980). |
Novel Adik Datang kisah di Tanah Melayu mengenai cinta dan duka manusia. Segalanya bermula dalam gelora awal Perang Dunia Kedua, di mana segelintir manusia amat sederhana mula menanggung luka peribadi dan lara bangsa. Suhaidah, janda derita menanti bayi kedua setelah kehilangan suaminya bernama Hamid ketika masih muda. Beliau mempunyai seorang anak bernama Zalifah. Zalifah seorang anak yang teramat merindui datuknya Rashidi (Tok Hidi) sehingga dia terbawa-bawa ke alam mistik. Zalifah memberitahu ibunya bahawa dia pernah berjumpa Tok Ghazali, sahabat karib datuknya. Orang tua itu didakwa menunjukkan gambarnya bersama Tok Hidi, hal ini menggamit keyakinan Zalifah bahawa datuknya masih hidup. Malahan, Zalifah juga bertemu dengan Shahrizah (tidak pernah wujud). Katanya Shahrizah mempunyai adik kembar bernama Wan Empo dan Wan Malini. Walhal hikayat ini diturunkan kepadanya oleh Tok Hidi. Setelah Hamid menjadi arwah, Mokhsen menjaga adiknya Suhaidah. Lantaran perang dan keadaan Suhaidah serta penyakit ganjil Zalifah, Mokhsen hanya melakukan kerja kampung seperti bertukang. Dia tidak berani menjadi kelasi kapal lebih-lebih lagi sejak kemalangan kapal karam di Tanjung Pengharapan. Karamnya kapal Boega Boedja menyebabkan ayahnya hilang, tidak dapat dikesan. Mokhsen membantu ustaz Dzulkifli membina madrasah yang diasaskan oleh Wagiman. Dzulkifli, seorang ustaz muda yang dipelihara oleh pasangan Mispan dan Rusini. Lantaran perang, Rasimah dikahwinkan dengan calon pilihan Wagiman bernama Shamsuri. Namun begitu, alam rumahtangga mereka goyah, kerana Shamsuri bukanlah suami yang bertanggungjawab. Lebih mengejutkan Rasimah dan Dzulkifli hanya mengetahui kedudukan mereka sebagai anak angkat Mispan pada saat-saat akhir hayatnya. Rusini tidak dapat menerima hakikat tersebut sehingga menyalahkan Wagiman. Beliau menuduh Wagiman tidak teliti memilih calon suaminya hanya kerana dia bukan cucu yang sebenar. Mereka sebenarnya anak kepada pasangan Kasan dan Ernawati yang terbunuh dalam pemberontakan Belanda di Indonesia.
III) Novel Sungai Mengalir Lesu (1967). |
Sungai
mengalir lesu adalah karya sastera yang sempat merakamkan satu fasa
dekad terpenting dalam kehidupan bangsa kita. Pengalaman getir kehidupan
sekumpulan manusia di sebatang sungai turut menjadi lambang
kesengsaraan umum rakyat Malaya pada zaman Perang Dunia Kedua. Mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah
sungai di Singapura semasa zaman pendudukan Jepun. Kisahnya penuh
tragedi, penyeksaan, kebuluran, kemelaratan dan maut. Di satu pihak,
Jepun mengancam mereka dengan serangan bom dari kapal terbang. Desakan
untuk hidup membuatkan anak-anak mencari rezeki di dalam sungai yang
kotor, orang muda menjadi penyamun dan gadis-gadis menjadi pelacur.
5) Karya Zaid Ahmad.
5) Karya Zaid Ahmad.
Profesor Dr Zaid Ahmad. |
Novel Lambak (1974). |
Lambak merupakan seorang nelayan tua yang mempunyai sikap kasar, garang, cepat marah dan bengis. Sesiapa sahaja yang mengusik barang kepunyaannya atau kaum keluarganya, Lambak akan menentang sehingga ke liang lahad. Junus adik kepada Lambak telah bermesyuarat bersama Jusoh, Tuk Imam dan Pak Mat untuk agenda jahat berkaitan dengan pukat harimau. Namun, kejahatan mereka telah dihidu lalu Junus dan Tuk Iman telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam jail. Manakala Jusoh dan Pak Mat telah mati dimakan peluru manusia yang bertopikan besi. Lambak pula menghilangkan diri, ghaib begitu sahaja seperti asap. Kemisterian Lambak hilang merupakan satu peninggalan keabadian yang mengancam penduduk kampung.
6) Karya Amil Jaya.
Datuk Ismail Abas. |
Novel Ngayau (1979). |
Nyagau bermaksud menyerbu musuh untuk membunuh dan merampas kepala. Kisah Ngayau diambil dari peristiwa silam, berlatarbelakangkan hutan Sarawak dengan perjuangan masyarakat kecil yang mempunyai adat dan norma mengerikan. Ngayau membawa kita memahami tradisi memotong kepala musuh sebagai korban kepada semangat-semangat hutan. Sedikit menarik kerana pengenalan kepada watak utama tidak dibuat pada permulaan cerita. Lasa Kulan dan Kumbang Raja serta beberapa orang pahlawan dari suku Kalan mengepung Boyong dan rakan-rakannya yang sedang menjamu selera. Boyong, Kumil, Sugi, Sumah dan tiga orang lagi rakan mereka baru pulang dari mengambil tengkorak datuk Boyong dari suku kaum Kalan. Manakala Boyong dan rakan-rakannya dari suku kaum Melanau. Suku kaum Kalan dan Melanau tidak bersengketa namun kerana terdesak inginkan kepala manusia, Lasa Kulan mengarahkan anak-anak buahnya mengepung dan menangkap Boyong dan kawan-kawannya. Kepala manusia di inginkan ketika upacara korban bagi membuat tiang salong untuk membuat rumah panjang. Bagi menghalau semangat dari menganggu, maka darah manusia diperlukan.
7) Karya Zakaria Ali.
Dr Zakaria Ali. |
Novel Empangan (1991). |
Empangan
meneroka satu persoalan baru yang melihat perkembangan dan kemajuan
teknologi masyarakat desa secara tajam. Ia melihat seluruh kehidupan
masyarakat Melayu secara kronologi dengan menyingkap gejala-gejala yang
tidak sihat dalam sebuah kelompok masyarakat. Watak utamanya J yang
merupakan seorang calon Ijazah kedoktoran yang kembali ke kampungnya
untuk membuat penyelidikan setelah sepuluh tahun berada di tengah-tengah
kancah kehidupan budaya barat.
8) Karya Keris Mas.
8) Karya Keris Mas.
Dr Kamaluddin Muhammad. |
Novel Rimba Harapan (1986). |
Novel Rimba Harapan ini berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Betapa tergugatnya kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu oleh dasar penjajahan memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama dan bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman cara hidup orang Melayu hingga lari meneroka hidup baru ke hutan-hutan. Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang Melayu. Semuanya membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah. Sekali gus mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.
Berdasar contoh novel-novel diatas, jelas menunjukkan tentang cerminan nilai budaya bangsa yang diungkapkan oleh pengarang-pengarangnya sama ada secara langsung mahupun melalui perlambangan. Namun dalam masa perbezaan jarak itu telah berlaku berbagai-bagai perubahan sama ada dari segi lanskap alam semula jadi mahupun pandangan dunia masyarakatnya seperti pemikiran, amalan kerja dan kepercayaan yang saling mengisi untuk membentuk nilai budaya sesuatu masyarakat atau bangsa pada sesuatu masa atau zaman itu. Pandangan ini selari dengan pandangan Hypolite Taine dan Michel Zeraffa yang mengatakan bahawa sesebuah teks sasteram khususnya novel banyak mendapat isu dan bentuknya daripada fenomena yang berlaku dalam kelompok sosialnya. Walaupun khalayak pembaca belum atau tidak berkesempatan berkunjung ke negeri-negeri yang dinyatakan didalam novel diatas, namun setelah pembaca membaca sinopsis cerita maka pembaca akan mendapat gambaran atau cerminan tentang keadaan kehidupan dan nilai budaya masyarakat dalam aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Dalam novel Lambak dan Angin Timor Laut, pembaca akan mengetahui nilai budaya dan ekonomi masyarakat nelayan Melayu di negara ini. Manakala novel Ranjau Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung, Srengenge, Empangan dan Rimba Harapan, pembaca akan mengenali sebahagian nilai budaya masyarakat kaum tani. Seterusnya, novel Krisis, Salina dan Sungai Mengalir Lesu, pembaca dapat mengetahui isu mengenai sosiopolitik tanpa dasar atau ukuran realiti daripada pemikiran sedar mahupun bawah sedar pengarangnya. Biarlah cerminan nilai budaya masyarakat dan bangsa yang terdapat dalam teks atau novel itu benar-benar tercetus dari hati nurani mereka yang jujur dan ingin melihat perkembangan kesusasteraan Melayu dan kesusasteraan kebangsaannya berada di tempat yang sewajarnya.
Dr Ramli Isin. Novel-Novel Melayu Mutakhir : Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Bil 62-71.
Make Money at : http://bit.ly/copy_w
As salam..
ReplyDeleteMasih ada ke lagi novel-novel hebat ni di pasaran ye? Minat saya utk beli novel ngayau dan rimba harapan
Salam wbt saudari pemilik blog,
ReplyDeletesaya minta maaf sebab saya ingin membuat pembetulan fakta tentang penulis novel lambak...sebenarnya penulis novel lambak bukanlah Prof Dr Zaid Ahmad seperti yang tertera dalam gambar di atas. Penulis sebenar novel tersebut adalah arwah bapa saudara saya (meninggal pada tahun 2002) merupakan seorang bekas pegawai perikanan di Kelantan dan bukan seorang pensyarah universiti. Kalau tak silap saya, penerangan tentang penulis novel ini adalah seorang pegawai perikanan telah pun tertulis di bahagian belakang novel tersebut iaitu di bahagian biodata penulis. Adapun Prof Dr Zaid Ahmad dalam gambar tersebut sememangnya bukan sahaja namanya 100% sama bahkan wajahnya juga ada iras2 Zaid Ahmad penulis sebenar novel tu...ada lah iras2 dalam 30% gitu huhu...sekian dimaklumkan :-)
Salam wbt saudari pemilik blog,
ReplyDeletesaya minta maaf sebab saya ingin membuat pembetulan fakta tentang penulis novel lambak...sebenarnya penulis novel lambak bukanlah Prof Dr Zaid Ahmad seperti yang tertera dalam gambar di atas. Penulis sebenar novel tersebut adalah arwah bapa saudara saya (meninggal pada tahun 2002) merupakan seorang bekas pegawai perikanan di Kelantan dan bukan seorang pensyarah universiti. Kalau tak silap saya, penerangan tentang penulis novel ini adalah seorang pegawai perikanan telah pun tertulis di bahagian belakang novel tersebut iaitu di bahagian biodata penulis. Adapun Prof Dr Zaid Ahmad dalam gambar tersebut sememangnya bukan sahaja namanya 100% sama bahkan wajahnya juga ada iras2 Zaid Ahmad penulis sebenar novel tu...ada lah iras2 dalam 30% gitu huhu...sekian dimaklumkan :-)
assalam penulis blog ini.. saya amat berminat untuk mendapatkan novel yang sudah lama saya cari iaitu..SELUANG MENODAK BAUNG' boleh tak saudara bantu saya bagaimana saya hendak memiliki novel ini.
ReplyDeletedi sini no tel saya yang boleh dihubungi.. 0194779774 (wahid mohamad)