Wednesday, December 10, 2014

* PANDANGAN HIDUP ALAM ISLAM - THE WORLDVIEW OF ISLAM AS FRAMEWORK STUDY ISLAM *

Islam adalah agama yang lahir dari turunnya wahyu ilahi kepada Nabi Muhammad SAW yang kemudian difahami dan disebarkan oleh akal dan intuisi
(kemampuan memahami) manusia. Nabi Muhammad SAW menerima wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail di Gua Hira pada abad ke-7 masihi. Sejak itu penwahyuaan terus berlangsung terus menerus dan kemudian wahyu itu diabadikan secara bertulis mengikut urutan.

Turunnya Wahyu Adalah Sebagai Petunjuk Jalan Yang Lurus.

Perkataan wahyu banyak digunakan dalam Al-Quran dengan membawa pelbagai maksud. Antaranya adalah seperti wahyu memberi ilham kepada lebah supaya membuat sarang di bukit bukau. Menetapkan fitrah dengan menjadikan langit 7 lapisan dalam tempoh 2 hari dan menetapkan fitrah bagi setiap lapisan tersebut. Menyuruh dan memerintah untuk sembahyang pagi dan petang. Was-was antara satu sama lain dengan kata-kata kosong yang memperdayakan. Oleh demikian, wahyu merupakan petunjuk yang telah diberi oleh Allah agar manusia tidak leka dengan duniawi. Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), selepas kewujudan wahyu terdapat 4 pandangan hidup iaitu ;

I) Pandangan Hidup Sebagai Bangunan Konsep.

Pandangan ini adalah bangunan konsep yang terdapat dalam pemikiran seseorang atau jaringan berfikir yang berupa keseluruhan yang saling berhubungan. Bangunan konsep itu terbentuk dalam alam pemikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang dikembangkan oleh seseorang sepanjang hidupnya sehingga akhinya membentuk kerangka berfikir. Menurut Professor Alparslan, jaringan berfikir ini pula akan membentuk struktur pandangan hidup seperti ;

1) Struktur konsep tentang kehidupan.
2) Struktur konsep tentang dunia.
3) Struktur konsep tentang manusia.
4) Sturktur konsep tentang nilai.
5) Struktur konsep tentang pengetahuan.

Kesatuan konsep diatas akan berfungsi sebagai kerangka umum dalam memahami segala sesuatu termasuk memahami diri sendiri dan cara berfikir. Maksudnya disini, pandangan hidup merupakan kerangka berfikir.
Namun begitu, Syed Muhammad Naquib Al-Attas menekankan bahawa konsep yang paling utama ialah ;

1) Konsep tentang hakikat Tuhan.
2) Konsep tentang wahyu Al-Quran.
3) Konsep tentang penciptaan.
4) Konsep tentang hakikat jiwa manusia.
5) Konsep tentang ilmu.
6) Konsep tentang agama.
7) Konsep tentang kebebasan.
8) Konsep tentang nilai.
9) Konsep tentang kebajikan.
10) Konsep tentang kebahagiaan.

Sistem Solar Dan Kepelbagaian Jenis Planet Ini Merangkumi Segala Konsep Untuk Manusia Membentuk Kerangka Berfikir.

Konsep-konsep di atas ini semuanya saling berkaitan antara satu sama lain untuk membentuk sebuah struktur konsep yang sistematik dan dapat berguna bagi penafsiran makna kebenaran dan realiti. Segalanya merupakan sistem metafizik yang menentukan bentuk perubahan, perkembangan dan kemajuan dalam Islam. Oleh demikian, pandangan hidup merupakan sebuah kerangka untuk mengkaji sesuatu.


II) Pandangan Hidup Islam Sebagai Asas Epistemologi.

Pandangan ini menekankan bahawa ilmu pengetahuan itu berasal dari Allah dan epistemologi berkait rapat dengan struktur metafizik dasar Islam yang terdapat pada wahyu, hadith, akal, pengalaman dan intuisi (kemampuan memahami). Sumber ilmu pengetahuan dalam Islam ada 2 jenis iaitu wahyu Al-Quran sebagai kitab bertulis dan alam semesta sebagai kitab tidak bertulis.

Surah As-Sajdah.

Berdasar potongan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah segala-galanya dan Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia sejagat. Malah, Al-Quran dan alam semesta merupakan pandangan hidup Islam yang mampu memberikan banyak sumber ilmu. Tanpa wahyu yang Allah berikan mana mungkin manusia berjaya menakluki alam semesta sehingga ke hari ini. Pertolongan Allah adalah satu rahmat yang amat besar nilainya.

III) Pandangan Islam Sebagai Asas Peradaban.

Penurunan wahyu terbentuknya tradisi intektual dan peradaban Islam. Peranan Nabi menyampaikan dan menjelaskan wahyu mengenai Allah, keimanan kepada-Nya, hari kebangkitan, penciptaan, akhirat, syurga, neraka, hari pembalasan berdasar perilaku baik dan buruk merupakan elemen sangat penting dalam struktur pandangan Islam. Oleh itu, pandangan hidup Islam telah sempurna sejak awal dan tidak perlu kajian berulang kali.

Falsafah Pendidikan Islam Membentuk Kerangka Pembelajaran.

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Secara spesifiknya, falsafah berfokus kepada realiti, kebenaran dan nilai. Falsafah juga adalah sebagai satu rangka untuk menilai satu sistem yang menjadi asas membuat keputusan dan kesannya akan membentuk masa depan yang bertamadun. Pada hemat saya, tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Oleh demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan berusaha lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, alam sekitar dan negara agar kita semua mendapat Rahmat Allah di dunia dan di akhirat,aamiin.

Untuk mengetahui lebih lanjut kupasan isu mengenai pandangan hidup, boleh layari link blog ini http://hanputra.blogspot.com/2012/11/pandangan-hidupalam-islam-worldview-of.html.

No comments:

Post a Comment