Wednesday, December 10, 2014

* OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE  *

Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas (1969), merupakan sarjana pertama yang menggunakan istilah Islamisasi yang boleh diertikan sebagai transformasi pandangan alam worldview. Dalam sejarah hidup manusia, transformasi sebegini berlaku berkali-kali melalui kedatangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul secara bergilir-gilir. Apabila manusia mempunyai dan mengamalkan pandangan hidup yang tidak betul, Allah SWT kirimkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul untuk membawa mereka kembali kepada amalan yang betul. Oleh demikian, amalan umat Islam perlu bersumberkan Wahyu dan Sunnah Rasulullah SAW serta mencari keredhaan Allah SWT, agar tercapailah kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Al-Falah).

Marilah Kita Sama-Sama Menuntut Ilmu Yang Bermanfaat Terutama Ilmu Agama Demi Mencari Keredhaan Allah .

Mohd Nasir Omar (2005) turut menjelaskan bahawa falsafah Barat moden merupakan falsafah yang terbina berteraskan elemen seperti humanisme, rasionalisme dan empirisisme (semua ilmu datangnya dari manusia). Falsafah ini bebas daripada petunjuk wahyu bagi tamadun Barat dan menjadi sebagai suatu realiti yang terpisah daripada Pencipta Yang Maha Agung iaitu Allah. Kewujudan Allah tidak lagi diterima sebagai Tuhan yang mengatur dan memelihara alam semesta ini. Malah, ajaran-ajaran Wahyu Allah tentang alam dan kehidupan menjadi terpinggir dan tidak relevan lagi bagi mereka. Falsafah Barat sekular juga telah memusnahkan idea asas Islam tentang fenomena alam semesta sebagai tanda-tanda ciptaan dan kekuasaan Allah yang dimanifestasikan dalam alam realiti.Jelaslah bahawa falsafah Barat moden amat bertentangan dengan falsafah Islam kerana falsafah Islam berpaksikan worldview Islam yang berteraskan ilmu berkonsepkan ketauhidan Allah dan Allah adalah Pencipta Maha Agung, Pengatur dan Pemelihara keseluruhan konstitusi alam semesta. Allah juga adalah sumber kepada segala jenis ilmu pengetahuan yang digarap oleh minda manusia.

Ingatan Untuk Kita Semua Umat Islam.

Potongan ayat dari Surah Al-Ahzab di atas, membuktikan bahawa Al-Quran merupakan pedoman buat seluruh umat Islam. Oleh demikian, janganlah kita menjadi hamba yang sombong dan angkuh tidak mahu mengenal Al-Quran. Tidak ada manusia yang sempurna, namun kesempurnaan boleh dicari dengan mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan mencontohi teladan Rasulullah. Yang baik itu semua datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri selaku penulis entri ini. Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar sentiasa  diredhai oleh Allah.

Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Opening Addres The Worldview Of Islam An Outline. Bil 25-36.

No comments:

Post a Comment