* I WANT TO TOUCH A DOG *
Hadis Abu Huroiroh Mengenai Anjing. |
Berdasar hadis di atas, jelas bahawa umat Islam
tidak ada kepentingan untuk memegang anjing tanpa sengaja. Malah, jika terkena
atau tidak sengaja dijilat oleh anjing maka wajib membuat samak. Mengikut
pendapat Mazhab Syafie, wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah
sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6
kali lagi dengan air mutlak (air suci. Jika didapati najis itu tetap ada ain
(nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga
hilang najis tersebut. Untuk lebih terperinci mengenai cara-cara membuat samak,
boleh ikuti video ini ;
Poster Yang Telah Memukau Perhatian Ramai Pihak. |
Kata-Kata Penganjur Yang Menyakinkan Umat Islam Untuk Memegang Anjing Tanpa Was-Was. |
Ada segelintir masyarakat yang kurang jelas dan tidak tahu dengan cara samak diatas, oleh itu ada pihak yang memberanikan diri untuk tampil membuat program "I Want To Touch A Dog". Poster diatas membuatkan ramai pihak tertarik untuk menghadiri program ini di Central Park One Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Program ini dikendalikan oleh Syed Azmi Alhabsi pada 19 Oktober 2014 (Ahad), jam 8.00 pagi sehinga 10.00 pagi. Saya sendiri pun akan pergi untuk mengetahui pengisian program yang tidak pernah terlintas di fikiran saya akan wujudnya program sebegini tetapi oleh kerana kekangan masa jadi saya tidak dapat menyaksikan secara langsung fenomena keghairahan umat Islam memegang anjing dengan sengaja. Program Anjing ini telah menghimpunkan seramai 800 orang pengunjung selama 2 jam.
Surat Permohonan Penganjuran Demonstrasi Menyentuh Anjing. |
Menurut sumber Berita Harian online pada 21 Oktober 2014 (Selasa), dua hari selepas program berlangsung, program ini dimohon untuk demonstrasi menyentuh anjing dan sesi soal jawab mengenai status anjing dalam Islam. Memang tidak salah tujuan asal program yang mahu diadakan namun setelah melihat program yang diadakan, ianya tidak seperti yang digambarkan oleh pihak penganjur dalam surat permohonan. Hal ini turut dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media,beliau berkata ada menerima cadangan mengadakan program itu dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan seorang daripada wakil penganjur. Mengambil kira objektif yang digariskan oleh pihak penganjur, beliau telah berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan program berkenaan kepada beliau. Penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar. Penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, kaedah yang betul untuk mengendalikan anjing, kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan anjing dan kaedah penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.
Apa Yang Telah Berlaku Kita Jadikan Pedoman Pada Masa Akan Datang. |
Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah atau anjing itu kering dan sebaliknya. Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah) tetapi jika kedua-duanya kering, ianya tidaklah dianggap najis. Namun, pengunjung bagai dirasuk untuk memegang, memeluk dan mencium dengan sengaja pada hari kejadian. Perlakuan sebegitu, amatlah dikesali kerana ia bertentangan dengan hukum syarak dan menimbulkan pelbagai fitnah. Oleh demikian, marilah kita sama-sama muhasabah diri agar menjauhkan diri dari perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
No comments:
Post a Comment