* PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI & KEMODENAN *
1) TRADISI & TURATH ;
Tradisi (traditio) berasal dari perkataan Latin yang bermaksud menyerahkan, ia lebih kepada cerita dongeng (folklore/legend) atau mitos yang diturunkan melalui komunikasi lisan. Segala pandangan, doktrin, amalan, peribadatan, adat kebiasaan diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Adat merupakan peraturan, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat, perlambangan istiadat dan budaya melayu yang santun. Kepelbagaian adat menjadikan masyarakat melayu saling tolenrasi untuk mengekalkan dan mempertahankan adat agar tidak lapuk ditelan zaman.
“Adat wujud ideal dari kebudayaan,
disebut adat tata-kelakuan kerana adat berfungsi sebagai pengatur kelakuan. Suatu
contoh dari adat ialah aturan sopan-santun. Adat dapat dibagi lebih khusus
dalam empat tingkat iaitu tingkat nilai-budaya, tingkat norma-norma, tingkat
hukum dan tingkat aturan khusus. Berupa suatu sistem penjagaan tata-tertib
masyarakat”. (Koentjaraningrat,2000:10-19)
Adat merupakan peraturan, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat, perlambangan istiadat dan budaya melayu yang santun. Kepelbagaian adat menjadikan masyarakat melayu saling tolenrasi untuk mengekalkan dan mempertahankan adat agar tidak lapuk ditelan zaman.
Turath adalah rakaman tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam. Menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama sejak 1400 tahun yang lalu. Rakaman dan khazanah keilmuan ini sangat penting untuk memandu dan membimbing umat Islam dalam menjalani kehidupan yang baik.
2) TRADISI & AUTORITI ;
Orang
Islam sewajarnya menghormati dan menghargai tradisi kerana melalui
tradisi seorang Muslim dapat memahami Islam dengan benar. Islam juga
menuntut agar umatnya berlaku adil terhadap diri mereka sendiri dan
terhadap orang lain. Adil dan adab menuntut agar kita meletakkan setiap
sesuatu ditempatnya yang sewajarnya, yang tinggi ditinggikan, yang utama
diutamakan dan begitu juga sebaliknya. Islam datang kepada manusia
sebagai pencerahan dan obor ilmu pengetahuan. Sinar atau obor ini dibawa
oleh autoriti-autoriti yang membentuk mata rantai yang tidak terputus
daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke hari ini. Jika mata rantai
(autoriti) ini terputus, maka Islam akan kabur dan kekeliruan akan
bermaharajalela. Penting untuk ingatan umat Islam bahawa dalam sejarah
Islam tidak berlaku peringkat perkembangan kebangkitan (renaissance),
pencerahan (enlightenment) atau kemodenan (modernity) seperti yang
berlaku di Eropah. Sebaliknya, kedatangan Islam bermulanya era baru, era pencerahan dan era pembangunan insan. Al-Attas (1969), perubahan ini diistilahkan sebagai Islamisasi.
|
3) PERLECEHAN TERHADAP TRADISI & AUTORITI ;
Perlecehan berlaku apabila ada golongan yang menyatakan bahawa menolak tunjuk ajar dan bimbingan ulama adalah satu penghinaan serta merendahkan ulama adalah satu dosa besar. Kenyataan ini ditegaskan oleh Imam Malik bahawa beliau ingin umat Islam tidak mendewakan ulama dan beliau tidak bermaksud bahawa ulama itu tidak perlu diikuti. Wahyu sebenarnya telah menjadi penghubung antara Tuhan dan manusia. Tidak ada yang mengetahui maksud sebenar sesuatu ayat melainkan Allah sendiri. Jika manusia tidak dapat mencapai kepastian bagaimana mungkin sesuatu perkara itu dikatakan haram, halal, makruh dan mubah.
Islam adalah agama yang sangat menekankan ilmu. Menghormati ulama adalah sebahagian dari menghormati ilmu. Al-Quran (Al-Baqarah 2:269) dah Hadis ada menjelaskan bahawa sebahagiaan orang dipilih oleh Allah untuk menerima anugerah ilmu. Mereka telah dikurniakan ilmu yang tidak dikurniakan kepada orang ramai. Keilmuaan dan kewibawaan mereka terserlah melalui karya-karya mereka yang diakui besar dan dirujuk oleh komuniti intelektual dizamannya dan seterusnya. Jika mereka tidak diangkat menjadi rujukan, orang yang berautoriti, yang diakui kewibawaan mereka dalam bidang tersebut, maka orang lain yang tidak berautoriti akan mengisi tempat mereka dan berlakulah kezaliman dan ketidakadilan yang akan merugikan Islam dan Umat Islam.
Kewujudan autoriti penting dalam Islam kerana setelah ketiadaan Rasullullah SAW, umat Islam sentiasa memerlukan kejelasan dan panduan sebagaimana digambarkan didalam Al-Quran. Menghormati ulama dan autoriti adalah sebahagian daripada usaha untuk melindungi Islam daripada penyelewengan dan kerosakan. Tanpa autoriti, Islam akan lebih mudah dimanipulasi. Keruntuhan autoriti secara tidak langsung akan membawa kepada keruntuhan Islam. Jelaslah bahawa mata rantai autoriti tidak pernah putus dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman sekarang. Hanya pada zaman ini umat Islam mengalami kekeliruan dalam menyikapi autoriti tersebut.
4) ISLAM & MODENITI ;
Pembangunan mengikut perspektif Islam adalah pembangunan yang menyeluruh. Kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia, kesejahteraan, kebahagiaan, tidak merendahkan martabat manusia dan menjadikan pembangunan sebagai alat bagi industri dan negara. Penekanan terhadap pembangunan insan dan pemerkasaan institusi pendidikan perlu diutamakan daripada pembangunan material dan pertumbuhan ekonomi. Sains dan teknologi bukanlah ukuran dan kunci kepada kemajuan kerana Sains itu hanyalah alat bagi kegunaan manusia dan alat dijadikan nilai kehidupan. Akibat menganggap penguasaan Sains & Teknologi sebagai keutamaan, maka banyak negara-negara umat Islam menghantar cerdik pandai mereka ke Barat agar pulang dapat menjadikan negara maju seperti Barat.
Namun, kita lihat apa yang berlaku pada hari ini adalah semakin ramai umat Islam yang hilang jati diri. Umat Islam menjadi obses untuk mengejar Sains & Teknologi Barat dengan mengikuti kaedah-kaedah yang ditentukan oleh Barat. Maka Umat Islam hanya akan selamanya menjadi pengikut. Orang yang berjiwa positif akan gembira bila orang lain berjaya. Budaya terbentuk melalui nilai dan nilai terbentuk melalui persekitaran dan pendidikan. Oleh demikian, umat Islam tidak seharusnya menerima sepenuhnya falsafah pembangunan Barat kerana pandangan Islam menghendaki agar umat Islam sentiasa berada di jalan yang lurus. Malah, kita yang lemah tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang yang kuat. Apalagi ketika orang kuat itu menginginkan agar kita sentiasa lemah. Sebaliknya, dalam keadaan lemah kita harus dapat berfikir jernih tanpa tekanan dan pengaruh luar yang dapat merosakkan jati diri.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kupasan isu tradisi dan kemodenan ini, boleh dirujuk disini http://www.academia.edu/5461492/Antara_Tradisi_dan_Modeniti atau boleh berhubung terus bersama penulis di https://www.facebook.com/khalif.muammar,http://www.utm.my/casis/i-community/i-academicians/dr-khalif/.
Khalif Muammar A. Haris. 2012. Pandangan Islam Terhadap Tradisi & Kemodenan : Tradisi & Turath, Tradisi & Autoriti, Perlecehan Terhadap Tradisi & Autoriti, Islam & Modeniti. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Institut Islam Hadhari UKM. 23-48.

Kekeliruan Ilmu Turut Dirungkai Dalam Berita Harian Pada 7 Mei 2012. |
4) ISLAM & MODENITI ;
Modernity (modernus) dari perkataan Latin yang bermaksud pada masa kini. Modeniti adalah satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui pasca-tradisi dan pasca zaman pertengahan. Modeniti hari ini sering dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan. Modeniti mengandungi nilai-nilai Barat, sedangkan kemajuan dan pembangunan tidak demikian. Modeniti juga turut dikenali sebagai zaman akal yang menghubungkan keangkuhan manusia moden cenderung kepada penguasaan dan obsesi mencipta. Malah, memisahkan antara manusia dengan alam dan alam digambarkan sebagai benda semata-mata yang wujudnya hanya untuk dikuasai oleh manusia. Modeniti mengagungkan sains dan teknologi. Penekanan pada sains dan teknologi ini juga akan mengakibatkan krisis kemanusiaan. Pemikir Barat seperti Heidegger dan Husserl mengakui bahawa teknologi menyebabkan manusia mengalami dehumanisasi.
Pembangunan mengikut perspektif Islam adalah pembangunan yang menyeluruh. Kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia, kesejahteraan, kebahagiaan, tidak merendahkan martabat manusia dan menjadikan pembangunan sebagai alat bagi industri dan negara. Penekanan terhadap pembangunan insan dan pemerkasaan institusi pendidikan perlu diutamakan daripada pembangunan material dan pertumbuhan ekonomi. Sains dan teknologi bukanlah ukuran dan kunci kepada kemajuan kerana Sains itu hanyalah alat bagi kegunaan manusia dan alat dijadikan nilai kehidupan. Akibat menganggap penguasaan Sains & Teknologi sebagai keutamaan, maka banyak negara-negara umat Islam menghantar cerdik pandai mereka ke Barat agar pulang dapat menjadikan negara maju seperti Barat.
Namun, kita lihat apa yang berlaku pada hari ini adalah semakin ramai umat Islam yang hilang jati diri. Umat Islam menjadi obses untuk mengejar Sains & Teknologi Barat dengan mengikuti kaedah-kaedah yang ditentukan oleh Barat. Maka Umat Islam hanya akan selamanya menjadi pengikut. Orang yang berjiwa positif akan gembira bila orang lain berjaya. Budaya terbentuk melalui nilai dan nilai terbentuk melalui persekitaran dan pendidikan. Oleh demikian, umat Islam tidak seharusnya menerima sepenuhnya falsafah pembangunan Barat kerana pandangan Islam menghendaki agar umat Islam sentiasa berada di jalan yang lurus. Malah, kita yang lemah tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang yang kuat. Apalagi ketika orang kuat itu menginginkan agar kita sentiasa lemah. Sebaliknya, dalam keadaan lemah kita harus dapat berfikir jernih tanpa tekanan dan pengaruh luar yang dapat merosakkan jati diri.
Kesan Modeniti Daripada Kerakusan Manusia Terhadap Alam Yang Obses Mencipta Pembangunan. |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kupasan isu tradisi dan kemodenan ini, boleh dirujuk disini http://www.academia.edu/5461492/Antara_Tradisi_dan_Modeniti atau boleh berhubung terus bersama penulis di https://www.facebook.com/khalif.muammar,http://www.utm.my/casis/i-community/i-academicians/dr-khalif/.
Khalif Muammar A. Haris. 2012. Pandangan Islam Terhadap Tradisi & Kemodenan : Tradisi & Turath, Tradisi & Autoriti, Perlecehan Terhadap Tradisi & Autoriti, Islam & Modeniti. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Institut Islam Hadhari UKM. 23-48.
No comments:
Post a Comment