* PEMBUKA BICARA *
Melati kuntum tumbuh melata,
Datang memetik di pohon cemara,
Saya Yusra mahu mula berbicara,
Assalammualaikum mulanya kata.
Datang memetik di pohon cemara,
Saya Yusra mahu mula berbicara,
Assalammualaikum mulanya kata.
Jutaan
terima kasih kepada Dr Mas Rynna Wati Ahmad http://skmm6013.blogspot.com/ kerana mewajibkan untuk
membuat blog bagi subjek Kesusasteraan & Falsafah Melayu (SKMM
6013). Saya rasa seronok kerana dapat ilmu baru mengenai blogger. Dunia
blog ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia merupakan dunia baru
dalam hidup saya. Sejujurnya saya tidak pernah terlintas langsung akan
ada akaun blog sendiri kerana akaun facebooks, instagram, whatsapp,
wechat dan tango pun saya susah nak luangkan masa untuk berbicara tetapi
kadang kala hidup ini harus dan perlu ada penekanan dari seseorang agar
kita ada matlamat untuk gapai sesuatu. Saya adalah seorang yang lebih
cenderung ke arah otak kanan, oleh demikian saya minta maaf awal-awal
jika penulisan saya tidak menarik perhatian para pembaca sekalian.
Ini
Adalah Peranan Otak Manusia. Saya Cenderung Ke Arah Belah Kanan. Bagaimana Pula
Dengan Anda? Che Cite, Che Kabo. |
0Ooh ya sebelum saya terlupa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 4 orang rakan sekelas yang banyak membantu dalam penulisan blog ini iaitu ; 1)Hasmawani Muhammad, http://www.waniemuhammad.blogspot.com/
2)Nur Alwani Shafie, http://nuralwanishafie.blogspot.com/
3)Azlan Ahmad, prikasti66.blogspot.com
4)Khairul Ashraf Adrutdin, http://ashrafadrutdin.blogspot.com/2013/10/skmm-6013-ulasan-artikel-teks-dan-makna.html
Sebelum saya mengundur diri, saya Noryusra Yunus mengucapkan terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi membaca penulisan saya. Harapan saya, semoga pembaca sudi meluangkan masa dan memberi sedikit komen terhadap tugasan saya yang akan datang agar saya dapat kritikan membina dalam pembelajaran saya. Semoga kalian semua sentiasa sihat, murah rezeki, bahagia dan ceria disamping insan tersayang. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
*NORYUSRA BINTI YUNUS* |
nice blog...hope dpt tulis bnyak lagi information..
ReplyDeleteTerime kasih banyak dik,nantikan entry akak yg lain ye.
DeleteMenarik blog sis. Tak sabar nak tunggu entry terbaru.
ReplyDeleteRibuan terime kasih, keterujaan Cik Aziatun membuatkan saya lebih bersemangat untuk masukkan entry baru. Saya harap, cik bersabar menantikan entry seterusnya.
ReplyDelete