Wednesday, December 10, 2014

* LIBERALISME *

Petikan Mengenai Liberalisme Oleh Profesor Dr Khalif Muammar A. Harris.

Liberalisme adalah kebebasan yang berasal dari Sepanyol iaitu Liberalis. Pendekatan liberalisme mula bertapak di Eropah Barat sejak era pencerahan pada kurun ke-17 lagi (2014,53). Pada ketika itu, ia merupakan suatu nama parti di Sepanyol yang memperjuangkan pemerintahan konstitusional (undang-undang dasar) untuk Sepanyol pada abad ke-19. Dari liberalisme politik, maka lahirlah konsepsi (pemikiran) negara demokrasi iaitu negara yang dikelola untuk rakyat. Manakala liberalisme ekonomi pula adalah untuk menghindari campur tangan pemerintahan serta sistem monopoli (hak berdagang). Memang tidak dinafikan adanya aspek-aspek positif dalam liberalisme seperti kebebasan mengamalkan agama, nilai-nilai, budaya masing-masing, kedaulatan undang-undang dan konstitutionalisme (pembatasan kekuasaan). Namun hanya orang yang jahil tentang sejarah Islam dan peradaban Islam akan menganggap kebebasan merupakan sumbangan murni peradaban Barat.

Dr Ulil Abshar Abdalla Merupakan Tokoh Liberal Yang Melampau.

Kebebasan yang diperjuangkan harus ditolak kerana golongan liberal hari ini memperjuangkan sekularisme (hak bebas dari peraturan dan ajaran agama) yang memisahkan agama daripada kehidupan, menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual serta mengehadkan peranan agama hanya di rumah-rumah ibadat. Ini adalah link video di facebook mengenai wanita menjadi imam sewaktu solat https://www.facebook.com/video.php?v=236018406583572&set=vb.100005262420345&type=2&theater. Manakala, Dr Ulil Abshar Abdalla adalah salah seorang golongan tokoh liberal dari Indonesia yang akan memperjuangkan negara sekular, dimana menghadkan peranan agama hanya dalam ruang lingkup peribadi sahaja.

Program Sebegini Tidak Seharusnya Dirancang Kerana Akan Menimbulkan Pelbagai Spekulasi.

Kemudian, golongan-golongan ini mengutamakan rasionalisme (akal adalah sumber utama pengetahuan) dimana golongan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Selaku umat Islam, kita tidak boleh mendahulukan akal daripada Al-Quran. Seharusnya perlu sentiasa tunduk dan patuh terhadap perintah Allah dan Rasul. Namun, terdapat tokoh-tokoh liberal yang menghalalkan homoseksual, kahwin sesama jenis, minum arak dan pornografi.

Pemahaman Pluralisme Mengelirukan Sesetengah Pihak.

Penerangan di atas jelas menunjukkan liberalisme harus ditolak kerana
golongan liberal pemahaman pluralisme (t
iada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran). Ada pihak yang murtad sesuka hati seolah-olah tiada ulama yang boleh dirujuk. Tokoh seperti Seyyed Husain Nasr dan Nurcholish Madjid turut menyatakan bahawa agama-agama ini ibarat jejari roda yang banyak tetapi semuanya bermuara pada pusat yang sama atau bagaikan cerun-cerun gunung yang menuju kepada puncak yang sama. Tokoh-tokoh ini telah mengetepikan prinsip Tauhid dan menolak ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan kebenaran multak agama Islam serta kesepakatan umat Islam sejak awal hingga kini bahawa hanya agama Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah. 

Aktiviti Sebegini Kerana Terlampau Banyak Mengikut Sistem Barat. 

Seterusnya, golongan liberal
mengamalkan demokrasi liberal. Mereka meletakkan sepenuhnya keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik. Mereka menolak sistem politik Islam dan tidak ada yang lebih baik daripada sistem politik Barat. Golongan ini amat jahil mengenai pemikiran Islam, sistem politik Islam dan Peradaban Islam.

Jauhi Gaya Hidup Bebas.

Golongan liberal turut mempromosi nilai liberal seperti gaya hidup bebas dan menolak segala bentuk undang-undang moral. Kewujudan seks bebas, parti arak dan penjualan dadah maka pada hari ini banyak pusat-pusat perlindungan remaja, pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak dibina oleh kerana peningkatan bilangan masyarakat yang terpengaruh dengan nilai-nilai liberal ini. Malah, kebebasan yang wujud di Malaysia telah membuatkan ramai golongan generasi Y menjadi keliru dan sesat.

Marilah Kita Sama-Sama Menghindari Liberalisme.

Akhir kata,
kita seharusnya menyedari bahawa penurunan Al-Quran sebenarnya banyak membawa dimensi baru dalam melahirkan ummah yang cemerlang dan kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan pada hari ini. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya agar generasi akan datang lebih terpelihara akhlaknya. Pendedahan liberalisme sebagai ancaman kesejahteraan ummah juga harus disebarkan secara meluas agar generasi y tidak jauh terpesong. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai isu liberalisme ini, boleh berhubung terus bersama penulis di https://www.facebook.com/khalif.muammar?fref=ts.
* PANDANGAN HIDUP ALAM ISLAM - THE WORLDVIEW OF ISLAM AS FRAMEWORK STUDY ISLAM *

Islam adalah agama yang lahir dari turunnya wahyu ilahi kepada Nabi Muhammad SAW yang kemudian difahami dan disebarkan oleh akal dan intuisi
(kemampuan memahami) manusia. Nabi Muhammad SAW menerima wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail di Gua Hira pada abad ke-7 masihi. Sejak itu penwahyuaan terus berlangsung terus menerus dan kemudian wahyu itu diabadikan secara bertulis mengikut urutan.

Turunnya Wahyu Adalah Sebagai Petunjuk Jalan Yang Lurus.

Perkataan wahyu banyak digunakan dalam Al-Quran dengan membawa pelbagai maksud. Antaranya adalah seperti wahyu memberi ilham kepada lebah supaya membuat sarang di bukit bukau. Menetapkan fitrah dengan menjadikan langit 7 lapisan dalam tempoh 2 hari dan menetapkan fitrah bagi setiap lapisan tersebut. Menyuruh dan memerintah untuk sembahyang pagi dan petang. Was-was antara satu sama lain dengan kata-kata kosong yang memperdayakan. Oleh demikian, wahyu merupakan petunjuk yang telah diberi oleh Allah agar manusia tidak leka dengan duniawi. Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), selepas kewujudan wahyu terdapat 4 pandangan hidup iaitu ;

I) Pandangan Hidup Sebagai Bangunan Konsep.

Pandangan ini adalah bangunan konsep yang terdapat dalam pemikiran seseorang atau jaringan berfikir yang berupa keseluruhan yang saling berhubungan. Bangunan konsep itu terbentuk dalam alam pemikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang dikembangkan oleh seseorang sepanjang hidupnya sehingga akhinya membentuk kerangka berfikir. Menurut Professor Alparslan, jaringan berfikir ini pula akan membentuk struktur pandangan hidup seperti ;

1) Struktur konsep tentang kehidupan.
2) Struktur konsep tentang dunia.
3) Struktur konsep tentang manusia.
4) Sturktur konsep tentang nilai.
5) Struktur konsep tentang pengetahuan.

Kesatuan konsep diatas akan berfungsi sebagai kerangka umum dalam memahami segala sesuatu termasuk memahami diri sendiri dan cara berfikir. Maksudnya disini, pandangan hidup merupakan kerangka berfikir.
Namun begitu, Syed Muhammad Naquib Al-Attas menekankan bahawa konsep yang paling utama ialah ;

1) Konsep tentang hakikat Tuhan.
2) Konsep tentang wahyu Al-Quran.
3) Konsep tentang penciptaan.
4) Konsep tentang hakikat jiwa manusia.
5) Konsep tentang ilmu.
6) Konsep tentang agama.
7) Konsep tentang kebebasan.
8) Konsep tentang nilai.
9) Konsep tentang kebajikan.
10) Konsep tentang kebahagiaan.

Sistem Solar Dan Kepelbagaian Jenis Planet Ini Merangkumi Segala Konsep Untuk Manusia Membentuk Kerangka Berfikir.

Konsep-konsep di atas ini semuanya saling berkaitan antara satu sama lain untuk membentuk sebuah struktur konsep yang sistematik dan dapat berguna bagi penafsiran makna kebenaran dan realiti. Segalanya merupakan sistem metafizik yang menentukan bentuk perubahan, perkembangan dan kemajuan dalam Islam. Oleh demikian, pandangan hidup merupakan sebuah kerangka untuk mengkaji sesuatu.


II) Pandangan Hidup Islam Sebagai Asas Epistemologi.

Pandangan ini menekankan bahawa ilmu pengetahuan itu berasal dari Allah dan epistemologi berkait rapat dengan struktur metafizik dasar Islam yang terdapat pada wahyu, hadith, akal, pengalaman dan intuisi (kemampuan memahami). Sumber ilmu pengetahuan dalam Islam ada 2 jenis iaitu wahyu Al-Quran sebagai kitab bertulis dan alam semesta sebagai kitab tidak bertulis.

Surah As-Sajdah.

Berdasar potongan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah segala-galanya dan Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia sejagat. Malah, Al-Quran dan alam semesta merupakan pandangan hidup Islam yang mampu memberikan banyak sumber ilmu. Tanpa wahyu yang Allah berikan mana mungkin manusia berjaya menakluki alam semesta sehingga ke hari ini. Pertolongan Allah adalah satu rahmat yang amat besar nilainya.

III) Pandangan Islam Sebagai Asas Peradaban.

Penurunan wahyu terbentuknya tradisi intektual dan peradaban Islam. Peranan Nabi menyampaikan dan menjelaskan wahyu mengenai Allah, keimanan kepada-Nya, hari kebangkitan, penciptaan, akhirat, syurga, neraka, hari pembalasan berdasar perilaku baik dan buruk merupakan elemen sangat penting dalam struktur pandangan Islam. Oleh itu, pandangan hidup Islam telah sempurna sejak awal dan tidak perlu kajian berulang kali.

Falsafah Pendidikan Islam Membentuk Kerangka Pembelajaran.

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Secara spesifiknya, falsafah berfokus kepada realiti, kebenaran dan nilai. Falsafah juga adalah sebagai satu rangka untuk menilai satu sistem yang menjadi asas membuat keputusan dan kesannya akan membentuk masa depan yang bertamadun. Pada hemat saya, tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Oleh demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan berusaha lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, alam sekitar dan negara agar kita semua mendapat Rahmat Allah di dunia dan di akhirat,aamiin.

Untuk mengetahui lebih lanjut kupasan isu mengenai pandangan hidup, boleh layari link blog ini http://hanputra.blogspot.com/2012/11/pandangan-hidupalam-islam-worldview-of.html.
* OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE  *

Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas (1969), merupakan sarjana pertama yang menggunakan istilah Islamisasi yang boleh diertikan sebagai transformasi pandangan alam worldview. Dalam sejarah hidup manusia, transformasi sebegini berlaku berkali-kali melalui kedatangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul secara bergilir-gilir. Apabila manusia mempunyai dan mengamalkan pandangan hidup yang tidak betul, Allah SWT kirimkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul untuk membawa mereka kembali kepada amalan yang betul. Oleh demikian, amalan umat Islam perlu bersumberkan Wahyu dan Sunnah Rasulullah SAW serta mencari keredhaan Allah SWT, agar tercapailah kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Al-Falah).

Marilah Kita Sama-Sama Menuntut Ilmu Yang Bermanfaat Terutama Ilmu Agama Demi Mencari Keredhaan Allah .

Mohd Nasir Omar (2005) turut menjelaskan bahawa falsafah Barat moden merupakan falsafah yang terbina berteraskan elemen seperti humanisme, rasionalisme dan empirisisme (semua ilmu datangnya dari manusia). Falsafah ini bebas daripada petunjuk wahyu bagi tamadun Barat dan menjadi sebagai suatu realiti yang terpisah daripada Pencipta Yang Maha Agung iaitu Allah. Kewujudan Allah tidak lagi diterima sebagai Tuhan yang mengatur dan memelihara alam semesta ini. Malah, ajaran-ajaran Wahyu Allah tentang alam dan kehidupan menjadi terpinggir dan tidak relevan lagi bagi mereka. Falsafah Barat sekular juga telah memusnahkan idea asas Islam tentang fenomena alam semesta sebagai tanda-tanda ciptaan dan kekuasaan Allah yang dimanifestasikan dalam alam realiti.Jelaslah bahawa falsafah Barat moden amat bertentangan dengan falsafah Islam kerana falsafah Islam berpaksikan worldview Islam yang berteraskan ilmu berkonsepkan ketauhidan Allah dan Allah adalah Pencipta Maha Agung, Pengatur dan Pemelihara keseluruhan konstitusi alam semesta. Allah juga adalah sumber kepada segala jenis ilmu pengetahuan yang digarap oleh minda manusia.

Ingatan Untuk Kita Semua Umat Islam.

Potongan ayat dari Surah Al-Ahzab di atas, membuktikan bahawa Al-Quran merupakan pedoman buat seluruh umat Islam. Oleh demikian, janganlah kita menjadi hamba yang sombong dan angkuh tidak mahu mengenal Al-Quran. Tidak ada manusia yang sempurna, namun kesempurnaan boleh dicari dengan mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan mencontohi teladan Rasulullah. Yang baik itu semua datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri selaku penulis entri ini. Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar sentiasa  diredhai oleh Allah.

Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Opening Addres The Worldview Of Islam An Outline. Bil 25-36.

* TEKS & MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN *

Teks merupakan gambaran, ekspresi dan cerminan yang memaparkan makna di dalam teks. Teks menceritakan kejadian yang disusun dalam plot yang dijalin kemas dengan dialog drama. Dalam genre drama, teks dikatakan sebagai skrip dan hanya sebahagian sahaja yang difahami melalui teks, selebihnya difahami melalui pementasan. Teks sastera merupakan pemikiran seorang pengarang dan apabila ia mampu dihidupkan oleh pengarah dalam drama maka drama tersebut akan dianggap berjaya. Menurut Michael Scott Horton ;

“The languages we have  all have some grammatical signal indicating that the purpose of a sentence that is so marked is to gain information perhaps the most basic interrogative type and the most widely distributed. Yes or no one that seeks a comment on the degree of truth of the questioned proposition. The third important and very nearly universal, interrogative form is the information or question word question”. (1985:178-179). 

Teks dianggap sebagai landasan masyarakat, oleh itu teks amat penting bagi penyampaian sesuatu perlambangan sama ada untuk teguran, nasihat atau pun sindiran kepada khalayak. Ketiadaan penulis untuk menuliskan, maka teks itu sendiri akan menjadi bisu. Ibarat perumpamaannya teks ini adalah seperti skor muzik. Manakala pengarang dan pembaca seperti konduktor orkestra yang taat kepada arahan denotasi. Idea pengarang, merupakan benih idea dari masyarakat untuk mendapatkan teks cerminan nilai budaya bangsa. Kita tidak mungkin boleh menyelami rasa dan makna teks tanpa berkenalan terlebih dahulu dengan karyawannya kerana mengenali karyawan itu sama penting dengan mengenali teks hasil karyanya.

3 Bentuk Penyampaian  Teks dan Makna.

1) Deklaratif.
Bentuk deklaratif merupakan segala mesej dan makna tidak dibisukan, malah disuarakan dengan terus terang atau tersurat. Mesej yang disampaikan oleh pengarang juga lebih mudah difahami para khalayak tanpa membuat sebarang andaian dipengakhiran naratif. Khalayak tidak memerlukan untuk berfikir secara mendalam dan tidak memikul beban interpretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan. Bentuk teks ini amat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat tidak kira umur. Sesungguhnya, teks ini mengemukakan satu resolusi dan deklarasi sikap pengarang terhadap penyelesaian terhadap satu situasi dalam kehidupan masyarakat, sistem nilai dan makna yang terkandung dalam kebudayaan. Antara contoh drama berbentuk  deklaratif ialah dari ;

I) Karya Hatta Azad Khan.

Profesor Dr Mohamad Hatta Azad Khan.
Drama Syyy (1976).

Mengisahkan tentang masyarakat golongan rendah
yang tinggal di perkampungan setinggan, Kampung Seri Wangi di pinggir ibu kota. Mereka menolak cadangan pihak berkuasa Majlis Kota Raya bagi membina loji najis dalam kampung tersebut. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan bagi menghalang projek pembinaan loji tersebut, namun mereka terpaksa menerima walaupun hati tidak rela. Cadangan pembinaan loji najis seluas 34 ekar telah menjadi seluas 10 ekar sahaja kerana bantahan yang diterima.

II) Karya Usman Awang.


Dato' Usman Awang.

Drama Betisnya Bunting Padi mengisahkan tentang kisah rumah tangga antara Aziah dan Kamal. Kamal merupakan seorang pelukis manakala Aziah bekerja sebagai pelakon sandiwara radio. Aziah digambarkan sebagai seorang isteri yang cemburu dan berprasangka buruk apabila dia terdengar perbualan telefon antara Kamal dan Ani. Aziah menyangka bahawa Ani adalah seorang model terbaru Kamal kerana Kamal terlalu teruja untuk melukis betis milik Ani. Kamal juga sentiasa bercerita tentang keistimewaan betis Ani yang tiada tandingan sehingga menimbulkan cemburu Aziah. Aziah yang sedang mengandung mula merasa rendah diri dan menyangkakan bahawa Kamal tidak menyayanginya lagi. Keadaan ini menyebabkan Aziah juga ingin menimbulkan kemesraannya dengan Husin, rakan sekerjanya akibat cemburu. Situasi berbalas ini akhirnya menimbulkan perasaan cemburu antara satu sama lain apabila Aziah mencemburui hubungan Kamal dan Ani, manakala Kamal mencemburui kemesraan Aziah dan Husin. Hakikatnya, Ani yang digambarkan oleh Kamal adalah seorang lelaki yang mempunyai perwatakan lembut dan pandai bermain bola sepak. Kedatangan Ani ke rumah Kamal dan Aziah akhirnya memberi penyelesaian tentang identiti sebenarnya diri Ani. Ani adalah nama gelaran, sedangkan nama penuh Ani adalah Ghanni.

2) Imperatif.

Merupakan modul drama realisme, rentetan peristiwa yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat. Pada pengakhiran cerita, tidak terdapat sebarang kesimpulan, khalayak diminta untuk membuat pendirian masing-masing dan perlu membuat kesimpulan sendiri. Khalayak dibawa memasuki dalam persoalan kehidupan masyarakat.  Contonya seperti drama hasil ;

I) Karya Wan Ahmad Ismail.

Encik Wan Ahmad Ismail.
Drama Mawar Berduri Harum Kesturi (2010).

Mawar Berduri Harum Kesturi menghimpunkan empat buah drama hasil karya Wan Ahmad Ismail, iaitu penggiat drama yang terkenal di Terengganu Darul Iman. Kumpulan drama ini meliputi pelbagai tema, iaitu tema kekeluargaan, seni dan budaya, dan perjuangan dalam mempertahankan maruah bangsa. Melalui drama "Mawar Berduri, Harum Kesturi", pengarang memperlihatkan usaha merungkai khazanah seni tempatan khususnya di Terengganu, iaitu wayang kulit, rodat, dan gamelan. Gaya penyampaian yang sederhana, dengan penggunaan dialog yang lancar, memberi kesan pembacaan yang baik kepada pembaca. Arahan pentas yang baik juga memberi ruang kepada pengarah dan para pelakon untuk mereka lebih bebas mengolah drama-drama yang bakal dipersembahkan.

II) Karya Ismail Kassan.

Encik Ismail Kassan.
Drama Gelanggang Tuk Wali (1998).

Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung dan mengawal kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua. Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan. Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali. Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar salah seorang daripada pemuda tersebut kerana membuat bising di halaman rumahnya.

3) Interogatif.
Bentuk interogatif berbeza daripada bentuk teks deklaratif dan imperatif kerana cerita yang disampaikan berlapis-lapis, drama dalam drama, cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi, realiti dalam ilusi. Makna yang disampaikan secara tersurat dan tersirat. Khalayak yang membaca teks akan menghadapi kesukaran untuk menangkap dan memahami makna yang ingin disampaikan. Penumpuan 100% harus diberikan terhadap teks kerana pemahaman teks yang berat tidak mungkin dapat diselamai oleh khalayak secara santai. Teks sebegini direka khas untuk minda yang berfikiran serius, unsur-unsur komedi yang diterapkan adalah untuk sindiran dan bukannya untuk hiburan jika dibandingkan dengan deklaratif dan imperatif. Bagi contoh drama interogratif pula ialah ;

I) Karya Noordin Hassan.


Datuk Noordin Hassan.
Drama Bukan Lalang Ditiup Angin (1972).

Tema utama “Bukan Lalang Ditiup Angin” ini ialah mengenai ketidakadilan sosial yang terjadi di Kampung Sukamenanti. Drama ini adalah satu karya yang mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan pada zaman 1970an dan kemudiannya diterapkan di dunia teater untuk menjadi pengajaran serta panduan kepada para penonton. Drama ini berbentuk absurdisme. Absurdisme ialah konsep yang melambangkan masyarakat yang kacau-bilau. Hal ini disebabkan berlakunya perang dunia pertama dan kedua. peristiwa ini tidak dilihat daripada makna yang sebenar, iaitu isu politik perkauman yang menggegarkan bumi Malaysia. Detik ini dilihat sebagai satu titik perubahan bagi menyedarkan masyarakat Melayu yang mengemis, menderita dan merintih di tanah air sendiri.

Secara keseluruhan, teks dan makna mempunyai 3 bentuk yang tersendiri untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sekali gus, mencerminkan aspek nilai, makna dan aspirasi sebagian daripada warga masyarakat. Kupasan isu dalam apa jua drama sekalipun, ia merupakan realisme dalam kehidupan masyarakat dan semua teks hanyalah membalikkan sebahagian daripada makna. Manakala sebahagian lagi, di balikkan oleh unsur pementasan.

Prof Dr Solehah Ishak. Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa : Teks Dan Makna Dalam Drama Melayu Moden. Bil 38-49.