* LIBERALISME *
Petikan Mengenai Liberalisme Oleh Profesor Dr Khalif Muammar A. Harris. |
Liberalisme adalah kebebasan yang berasal dari Sepanyol iaitu Liberalis. Pendekatan liberalisme mula bertapak di Eropah Barat sejak era pencerahan pada kurun ke-17 lagi (2014,53). Pada ketika itu, ia merupakan suatu nama parti di Sepanyol yang memperjuangkan pemerintahan konstitusional (undang-undang dasar) untuk Sepanyol pada abad ke-19. Dari liberalisme politik, maka lahirlah konsepsi (pemikiran) negara demokrasi iaitu negara yang dikelola untuk rakyat. Manakala liberalisme ekonomi pula adalah untuk menghindari campur tangan pemerintahan serta sistem monopoli (hak berdagang). Memang tidak dinafikan adanya aspek-aspek positif dalam liberalisme seperti kebebasan mengamalkan agama, nilai-nilai, budaya masing-masing, kedaulatan undang-undang dan konstitutionalisme (pembatasan kekuasaan). Namun hanya orang yang jahil tentang sejarah Islam dan peradaban Islam akan menganggap kebebasan merupakan sumbangan murni peradaban Barat.
Dr Ulil Abshar Abdalla Merupakan Tokoh Liberal Yang Melampau. |
Kebebasan yang diperjuangkan harus ditolak kerana golongan liberal hari ini memperjuangkan sekularisme (hak bebas dari peraturan dan ajaran agama) yang memisahkan agama daripada kehidupan, menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual serta mengehadkan peranan agama hanya di rumah-rumah ibadat. Ini adalah link video di facebook mengenai wanita menjadi imam sewaktu solat https://www.facebook.com/video.php?v=236018406583572&set=vb.100005262420345&type=2&theater. Manakala, Dr Ulil Abshar Abdalla adalah salah seorang golongan tokoh liberal dari Indonesia yang akan memperjuangkan negara sekular, dimana menghadkan peranan agama hanya dalam ruang lingkup peribadi sahaja.
Program Sebegini Tidak Seharusnya Dirancang Kerana Akan Menimbulkan Pelbagai Spekulasi. |
Kemudian, golongan-golongan ini mengutamakan rasionalisme (akal adalah sumber utama pengetahuan) dimana golongan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Selaku umat Islam, kita tidak boleh mendahulukan akal daripada Al-Quran. Seharusnya perlu sentiasa tunduk dan patuh terhadap perintah Allah dan Rasul. Namun, terdapat tokoh-tokoh liberal yang menghalalkan homoseksual, kahwin sesama jenis, minum arak dan pornografi.
Pemahaman Pluralisme Mengelirukan Sesetengah Pihak. |
Penerangan di atas jelas menunjukkan liberalisme harus ditolak kerana golongan liberal pemahaman pluralisme (tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran). Ada pihak yang murtad sesuka hati seolah-olah tiada ulama yang boleh dirujuk. Tokoh seperti Seyyed Husain Nasr dan Nurcholish Madjid turut menyatakan bahawa agama-agama ini ibarat jejari roda yang banyak tetapi semuanya bermuara pada pusat yang sama atau bagaikan cerun-cerun gunung yang menuju kepada puncak yang sama. Tokoh-tokoh ini telah mengetepikan prinsip Tauhid dan menolak ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan kebenaran multak agama Islam serta kesepakatan umat Islam sejak awal hingga kini bahawa hanya agama Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah.
Aktiviti Sebegini Kerana Terlampau Banyak Mengikut Sistem Barat. |
Seterusnya, golongan liberal mengamalkan demokrasi liberal. Mereka meletakkan sepenuhnya keyakinan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik. Mereka menolak sistem politik Islam dan tidak ada yang lebih baik daripada sistem politik Barat. Golongan ini amat jahil mengenai pemikiran Islam, sistem politik Islam dan Peradaban Islam.
Jauhi Gaya Hidup Bebas. |
Golongan liberal turut mempromosi nilai liberal seperti gaya hidup bebas dan menolak segala bentuk undang-undang moral. Kewujudan seks bebas, parti arak dan penjualan dadah maka pada hari ini banyak pusat-pusat perlindungan remaja, pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak dibina oleh kerana peningkatan bilangan masyarakat yang terpengaruh dengan nilai-nilai liberal ini. Malah, kebebasan yang wujud di Malaysia telah
membuatkan ramai golongan generasi Y menjadi keliru dan sesat.
Marilah Kita Sama-Sama Menghindari Liberalisme. |
Akhir kata, kita seharusnya menyedari bahawa penurunan Al-Quran sebenarnya banyak membawa dimensi baru dalam melahirkan ummah yang cemerlang dan kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan pada hari ini. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya agar generasi akan datang lebih terpelihara akhlaknya. Pendedahan liberalisme sebagai ancaman kesejahteraan ummah juga harus disebarkan secara meluas agar generasi y tidak jauh terpesong. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai isu liberalisme ini, boleh berhubung terus bersama penulis di https://www.facebook.com/khalif.muammar?fref=ts.